‘YA ALLAH ! PATUTLAH BAKAL SUAMI AKU PAKSA AKU MINUM AIR COKE YG DAH TERBUKA NI !’

“Dia bawa sy berjalan jalan tunaikan apa yg sy mengidam.. Sy suka sangat hari tu dia layan sy macam permaisuri.. Dia bawa sy berjalan.. Pada tengah harinya dalam keretanya dia ajak sy minum air coke yg dia dah buka masa tu sy memang mengidam air coke sy terus je minum lepas tu sy terus..”

Dimulakan cerita masa tu umur sy baru 17 tahun.. Sy kongsi kisah kehidupan sy memang susah.. Mak ayah sy becerai berai ayah kawin baru langsuang tak bagi nafkah.. Masa tu sy tinggal bersama ibu sy dan seorang adik lelaki sy.. Mak sy juga telah berkahwin lain..

Tapi kehidupan kami memang susah lepas spm sy kepingin sangat bekerja.. Tetapi masa tu sy cuma ada surat beranak kat mana mana pun tak terima untuk bekerja sebab ayah dan ibu taknak urus taraf kewarganegaraan sy alasan sibuk sebab urus rumah tangga masing2x.. Sy memang susah masa tu begerak ke mana pun susah..

Suatu hari ayah tiri sy kenalkan sy dengan kawan dia.. Duda anak 1 katanya.. pertama sy anggap dia abg sy dia kehidupan senang.. Sumpah sy cakap sejak kenal dia sy anggap dialah ayah sy dia urus sy sy sayang dia.. Masa umur sy 17 dia dah 27..

Dia banyak tolong sy tolong keluarga sy dia baik penyayang.. Dia seorang yg hidup senang.. Sy pun sayang anak dia.. Sy tak tahu sebalik kebaikannya dia menyimpan sebuah hajat ingin memperisterikan sy untuk menjaga anak dia..

Loading…
Tahu tak setahun lebih sy hidup dengan dia dia tunjuk rumah dia dia tunjuk anak dia sy tak betul betul jadi buta masa tu lagi lagi sy betul betul jatuh cinta sebab dia baik pada sy.. Sejak tu sy senang.. Setahun lebih sy hidup dengan dia sampai satu tahap dibuai cinta dan sy terlanjur dengan dia.. Dialah orang pertama yg sentuh sy..

Dia cakap dia janji akan menjadikan sy isteri dia walau apapun terjadi..

Masuk tahun ke 2 sy mengenalinya banyak benda pelik terjadi.. Sy tak pasti dia jarang bersama sy.. Dia jarang angkat coll sy.. Masa tu allah uji sy.. Sy mengandung..

Sy rasa bahagia sangat kerana sy bakal menjadi seorang ibu untuk pertama kalinya dan anak sy tu bakal jadi anak ke 2 pada suami orang tu.. Saya gembira sangat.. Tak sabar untuk beritahu lelaki tu yg sy mengandung..

Sy cuba coll dia untuk membagitahu berita gembira tu.. tiba tiba dalam talian suara wanita menjawab..

“Ya awak siapa??”

Loading…
” Sy …… sy cari si ….. ini siapa yah??”

” Owhh sy isteri muda dia.. Suami sy tengah tidur ni..”

Berderai air mata sy .. Sy nangis sangat.. Masa tu sy masih muda.. 19 tahun.. Sy dah lalui ujian macam tu.. Sy nak gila 2 tahun sy mengenali dia.. Sy tak sangka dia berjaya menipu sy hidup hidup..Dia sebenarnya bukan duda.. Dia mempunyai 2 orang isteri.. Yg pertama warga indonesia yg ke dua orang johor.. Masing masing mempunyai anak 1..

Sy sedih sangat tak tahu macam mana meneruskan kehidupan sy.. Sy dalah tak da ic tak boleh kerja.. Sy akhirnya sanggup menjadi isteri ke 3 pada lelaki tu sebab sy dah terlanjur sy dah mengandung sy kesian pada anak yg sy kandungankan harus terpisah dari ayah dia.. Tak apa sy rela dimadukan. Lagipun lelaki tu mampu..

Selepas kantoi dia pujuk sy dia rayu rayu sy macam macam.. Sy tak boleh buat apa2x sebab sy terlanjur sy dah mengandung.. Tapi sy tak beritahu..Sy cuma tanya dia

“Kalau sy mengandung awak nak buat apa??”

Dia jawab dia akan gugurkan dulu anak tu sebab dia tak nak ada anak luar nikah.. Dari isteri pertama dan ke 2 anak anak dia berbinkan nama dia..Dia taknak ada anak luar nikah nanti dia malu..

Sy lebih terkilan masa tu.. Sy tak dapat berbuat apa apa.. Sy hanya mampu berdiam.. Sy kesian pada anak dalam kandungan sy.. Sy takut dia gugurkan anak tu dan sy ambil keputusan untuk merahsiakan pekara itu dari dia.. Sy terpinga pinga tak tahu arah tujuh.. Akhirnya sy membuat keputusan untuk terus membesarkan kandungan sy sendiri dan melahirkan dia dengan sempurna..

Sy tahu sy tak mampu dan sy dah bernazar bila lahir anak tu sy berikan pada sahabat sy yg dah berumahtangga yg belum mempunyai anak.. Sy tak kisah tak dapat merasa membelai seorang anak tu macam mana janji anak tu lahir dari rahim sy..

Dua bulan sy tak jumpa dia (Suami orang tu) sy tak coll dia dia coll sy tak jawab.. Satu hari dia datang rumah.. Sy tekejut sangat dengan kehadiran dia.. Dia cari sy dia cakap dia rindu.. Sy bawa dia masuk rumah sy buatkan air.. Tiba tiba sekali lagi sy terkejut apabila lelaki tu memegang sesuatu benda dan diperhatikanya elok elok (pregnent test)

Loading…
Dia mood marah.. Dia tanya sy ” Apa ni?? Awak mengandung ke?? Anak sape?? Dua bulan awak tak dengan sy tak jawab coll sy ini ke awak sorok?? Anak jantan mana awak mengandungkan ni hahh??”

Masa tu sy ingat lagi sy menangis sy sujud merayu rayu dekat kaki dia.. Terlebih dahulu sy minta maaf.. sy cakap sy mengandung dah 3 bulan dan anak tu anak dia.. Sy merayu pada dia sy nangis sekuat hati sy memohon untuk dikasihani sy memohon agar anak tu tidak digugurkan.. Sy tak kisah kalau dia tak ingin jadikan sy isteri ke 3 janganlah gugurkan anak kami..

Masa tu sy ingat dia cakap apa.. Dia sudi terima anak tu.. Dia janji akan nikahi sy dalam masa terdekat.. tak payah sanding pun sy tak kisah janji sy jadi isteri dia.. Sy ingat bertapa bahagianya sy masa tu sy akan menjadi isteri ke 3 akan mempunyai kakak kakak (madu) tempat sy menumpang kasih..

Disitulah bermula detik kebahagiaan sy.. Banyak yg sy angankan untuk masa depan anak dalam kandungan sy.. Tak kisahlah dia banyak adik beradik tiri sy harap mereka saling mengasihi.. Sy siap belikan lagi anak dalam kandungan sy baju2x baby sy tak sabar untuk menjadi ibu.. Sy belikan baju baby girl gaun2x pink sebab firasat sy anak tu anak perempuan.. Malam malam sy bermain dengan kandungan sy sy syukur sangat kandungan sy diterima ayahnya sendiri..

Dipendekkan cerita.. Suatu hari suami orang tu bawa sy berjalan jalan tunaikan apa yg sy mengidam.. Sy ingat masa tu sy mengidam makan pizza… Sy suka sangat hari tu dia layan sy macam permaisuri.. Dia bawah sy berjalan.. Pada tengah harinya dalam keretanya dia ajak sy minum kola yg dia dah buka masa tu sy memang mengidam kola sy terus je minum lepas tu sy terus tak sedarkan diri..

Sy tersedar dah malam.. Sy juga sedar sy sudah di rumah.. Yg lebih mengecewakan sy.. Sy sedar sy dah datang bulan.. Sy tanya suami orang tu kenapa?? Dia menjawab slumber..

“Maaf sayang isteri isteri sy tak setuju untuk sy berkahwin lagi buat masa ni.. Jangan sedih sayang sy akan usahakan untuk pujuk mereka.. sy janji nanti setelah awak jd isteri sy sy akan bagi awak anak tahun tahun yah.. Sy bagi awak anak yg banyak sy janji sayang..”

Allah sahaja tahu perasaan sy masa tu..

Sy ludah muka dia..

Sy lempang muka dia..

Sy baling dia pakai gelas kaca sampai kepala dia berdarah..

Sy halau dia..

Dia bukanlah manusia.. Dia binatang yg bertopengkan manusia.. Dia lebih jijik daripada babi @ binatang yg haram..

Sedih sy tergamak dia buat begitu pada anak sendiri.. Memang dia hati binatang.. Sy pula baru 19 tahun masa tu terlalu mentah untuk membuat keputusan percaya bulat2x pada dia..

Hampir setegah tahun dia pergi meninggalkan sy dia tak datang langsung pun.. Lepas anak tu gugur sy jd orang yg tak betul.. Sy meroyan tiap malam sy cium cium baju yg sy dah belikan anak sy tu.. Sy sakit sy demam dalam setengah tahun sy jd orang tak betul mencari anak sy..

Loading…
Bila tengok anak perempuan orang yg masih kecil sy akan menangis sy cakap “itulah anak sy yg hilang ” Mak sy kesian tengok kehidupan sy sampai ajak berubat kampung.. Silap sy juga takut beritahu mak sy.. Mak sy cakap kalau sy beritahu dia dia takkan biarkan anak tu gugur.. Walaupun anak hasil zina dia sudah bernyawa dia pun manusia.. Dia layak untuk dilahirkan walaupun tanpa seorang ayah.. Sy sedih teramat..

Selepas setengah tahun pejabat pendaftaran dah bagi kelulusan untuk sy membuat ic

Masuk tahun ke 3 umur sy dah 20 tahun.. 3 tahun sy hidup bersama dia.. Sy dah kerja tapi sy tak boleh lupakan kisah silam tu.. Dan sy berniat apapun yg terjadi sy akan jadi isteri ke 3 dia cara apapun.. Sy mesti sy dah korban maruah diri sy anak sy sekali.. Sy tak kan lepaskan dia..

Setelah setengah tahun dia pergi.. Dia muncul lagi.. Dia merayu rayu diberikan peluang.. Sy diam.. Sy tak layan.. Tapi sy fikir..

“Maruah sy ada pada dia.. Adakah lelaki lain yg akan sudi terima sy apa adanya??”

Sy menangis sy solat taubat sy berdoa pada allah ampunkan segala dosa saya dan tunjukkan sy jalan yg benar kerana sy sudah tidak tahan diberikan ujian seberat itu..

Selang beberapa hari sy berjumpa dan berkenalan dengan seorang lelaki bujang.. Dia ni memang kawan sy cuma sy tak layan sebab sy setia pada suami orang.. Beberapa bulan kami berkawan dia menyatakan hajatnya yg dia cintakan sy.. Dia ingin menjadikan sy sebagai kekasih hati.. Sy takut untuk menerima kerana sy sudah tiada harga diri.. Sy hanya mampu berdiam dan dia menyatakan yg dia dah lama menyintai sy sejak sy meroyan lagi.. Dia tahu kisah silam sy.. Dia cakap dia sudi terima sy apa adanya.. Sy nangis sy dah korbankan anak sy demi suami orang sy nak suami orang tu juga jadi suami sy.. Tapi sy hanya menyatakanya dalam hati.. Hari demi hari sy laluan bersama bujang sebagai kawan.. Sy mula tertawa senyum semula walaupun ada kesedihan dalam hati sy..

Masa sy bahagia tu suami orang tu datang kembali.. Menyatakan hasratnya ingin menjadikan sy isteri ke 3 kerana kedua dua isterinya sudah sudi menerima sy sebagai madu mereka.. Sy bahagia sangat sebab itulah impian sy..

Malam tu sy tidur dengan hati yg tenang dan bahagia.. Tapi entah mengapa malam tu allah mimpikan sy tentang kehidupan bekeluarga bersama yg bujang sy kenal tu.. Sy terbangun dari tidur sy.. Malam tu sy solat hajat.. Sy mintak petunjuk pada allah apa sebenarnya yg ingin allah sampaikan melalui mimpi itu…

Sy bangun dan berfikir.. Mungkin allah ingin sy memilih untuk menerima yg bujang dan hidup bersama yg bujang..

Pagi pun kian menjelma.. sy masih ingat masatu 16 Disember 2013 sy berumur 20 tahun.. Hari tu sepatutnya sy. pergi berjumpa kedua dua bakal madu sy dan bakal mertua sy untuk menunaikan hajat menjadi isteri yg ke 3 pada suami orang..

Tapi hari tu juga sy menolak mentah menta pelawaan suami orang tu dan sy menerima lelaki bujang tu dalam kehidupan sy.. Masa tu suami orang tu marah..

” Aku dah bagi kau macam macam kesenangan dari kau miskin kau susah kau hingusan tiada apa apa sampai kau jd manusia..Tiada tempat bergantung aq pungut kau.. Bagi kau kesenangan aq.. Ini kau balas pada aq setelah macam macam aq korbankan?? Memang kau perempuan sial pernah ku kenal”

Sy hanya mampu tersenyum.. Sy cakap kat dia cukuplah sy jadi hambah cinta dan hambah duit pada dia selama ni.. biarlah dia nak nilai sy macam macam janji sy tau apa pilihan sy.. Sy cakap biar sy sial jangan sy binatang macam dia..

Sy mulakan hidup baru bersama bujang dan alhamdulillah masuk umur sy 21 tahun kami berdua bernikah dan hidup bahagia selang beberapa bulan berkahwin sy di sahkan mengandung untuk yg ke 2 kalinya bersama suami sy.. Ya allah hanya allah yg tahu perasaan sy masa tu titisan air mata sy..itulah yg sy idam idamkan sekali lagi sy bakal menjadi ibu semula.. Sy bahagia sangat.. Dalam kebahagiaan sy sy takkan pernah lupakan kenangan indah sy bersama anak sy yg pertama..

“Sayang ibu minta maaf.. Walaupun ibu tidak sempat membelai kamu mencium kamu.. yakinlah ibu sentiasa ingatkan kamu dan mendoakan kamu.. Kamu tetap anak sulung ibu.. Kamu tidak layak diperlakukan seperti itu bila bila lagi masatu kamu sudah 4 bulan dalam kandungan ibu.. Sudah ditiupkan roh.. kamu sudah bernadi..Ibu mengidam macam2x.. Ibu pernah rasa kehadiran kamu.. Ibu tak pernah sangka benda tu akan terjadi.. Ibu tak sangka ayahmu perangai seperti binatang sanggup gugurkan kamu.. Doa ibu sentiasa bersamamu ibu minta maaf atas dosa dosa ibu.. Sekarang ibu ada anak baru lagi.. Adik kamu lelaki.. Ibu tahu kamu cemburu pada dia kerana dia dapat lahir kedunia.. Ibu tahu kamu menangis sayang ibu tak bersikap adil pada kamu.. Ibu pun menangis di sini sayang atas segala dosa ibu terhadap kamu.. Sekarang semua orang lihat adikmu sebagai anak sulung ibu.. Tapi bagi ibu kamulah yg pertama.. Kamulah kakak kamulah sulung.. kamulah ain ibu selamanya.. Semoga bahagia bersama bidadari di syurga sayang.. Ibu minta maaf gagal mempertahankan kamu hari tu.. Kalau tidak kamu pasti lahir sayang.. Maafkan ibu anakku ain”..

Sekarang sy bahagia sy ada suami sendiri ada anak sendiri.. Sentiasa bersama saya.. Sy berjalan ke mana sentiasa bersama suami.. Duit gaji suami semua untuk sy seorang.. Yg paling membahagikan sy bila sy terbangun dari tidur sentiasa ada suami dan anak disisi sy.. Ya allah terima kasih atas jodoh yg telah engkau tetapkan..

Disini sy ingin sampaikan pengajaran pada wanita yg belum berkahwin tetapi bfnya SUAMI ORANG fikirlah sejenak kata kata sy ni..

KENAPA HARUS MEMILIH SUAMI ORANG SENDANGKAN ADA BUJANG??

1) Sebab suami orang baik penyayang lebih romentik daripada bujang..

*Tahukah suami orang tu sebelum jadi suami orang dia asalnya bujang dan isterilah yg membuatkan dia jdi romantik sebab dia dah biasa layan isteri.. sebab tu jangan cepat terayu..

2) Sebab dia hidup senang mewah.. Bujang miskin.. Takda harta

* Tahukah kamu suami orang tu pernah menjadi bujang bila berkahwin isterinya lah yg bersusah paya hidup susah dan senang bersama dia isterinyalah yg membuatkan rezekinya bertambah..

*Cuba fikir sejenak andai kamu berkongsi kesenangan itu dibahagikan menjadi dua.. Itu kalau dia cuma ada dua nanti dia tambah 3 4 macam mana?? Kamu yakin ka kamu cuma akan berdua bermadu??

3) Sebab sayang sebab maruah..

* Fikirlah kamu sayangi dia dia pun sayang kamu kamu rasa dia baik.. Kalau dia baik kenapa dia perlu duakan isterinya?? Selalu dengar alasan

” Isteri tak pandai jaga suami.. Layan suami”

Cuba fikir kalau dia tak pandai layan suami kenapa mereka mempunyai anak?? Kenapa kamu harus dimadukan?? Test suruh suami orang tu ceraikan isteri confirm dia berfikir 100 kali dan tak sanggup apapun itulah yg pernah susah bersama dia dulu.

4) Takdir allah pertemuan dengan suami orang mungkin jodoh suami orang..

* Salah.. Itu bukan takdir allah.. Itu cuma ujian allah terhadap diri kita.. Adakah kita boleh mengelak atau meruntuhkan rumah tangga orang.. Selagi kita belum dinikahi selagi itu kita mampu mengubah nasib kita untuk memilih siapa menjadi pasangan hidup kita..

Jangan terlalu dibuai rayuan lelaki bila bila lagi lelaki tu suami orang.. Fikir sikit perasaan isteri dia.. Isteri dia pun wanita macam kita..

Tiada boleh mengubah nasib kita selain diri kita sendiri.. Pilihan kita.. Kita wanita.. Zaman nabi adam adam yg meminta untuk diciptakan hawa..

Kita wanita

Kita boleh memilih siapa kita suka

Kita yg bakal dinikahi

Kita boleh menolak..

Jangan kita fikir sayang kita untuk hari ini sahaja.. Bila kita menerima seseorang menjadi suami disitulah syurga kita.

“Suamiku syurgaku”

Kita tahu syurga tu macam mana indahnya.. Carilah suami yg boleh buat kehidupan kita bagai dalam syurga.. Bukan neraka..

Maruah terlanjur?? Insyaallah andai kita bertemu dengan seseorang yg ikhlas menerima kita apa adanya itu bukanlah penghalang untuk kita mencapai kebahagiaan sendiri selain bersama suami orang..

Yang lepas kita ikhlaskan.. Allah akan berikan yg lebih baik..

Terima kasih sudi membaca harap maaf andai ada silap dan salah.. Sekadar peringatan..

Sumber : Gengviral

Di kemaskini dan Di olah Oleh : Kisah Benar Media Network

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*