Wow!! Mata Anak Pelakon Hael Husaini Curi Perhatian Pada Yang Melihatnya. Ada Apa Yer?

Selain ibu bapa mereka merupakan artis, anak-anak mereka juga turut terkena tempias daripada populariti tersebut. Mereka dilahirkan dengan wajah yang comel dan bijak serta ada yang telah menerima tawaran menjadi duta produk, model iklan dan pelakon sejak masih bayi.

Sudah menjadi kebiasaan apabila selebriti yang baru sahaja menimang cahaya mata, pasti akan memuatnaik gambar yang comel di laman media sosial. Sejak akhir-akhir ini, penyanyi Hael Hussaini sering memuat naik beberapa keping foto bayi di laman sosial Instagramnya sehingga menimbulkan tanda tanya peminat.

Bayi perempuan tersebut merupakan anak angkat yang diterimanya daripada sebuah keluarga beberapa bulan yang lalu. Terbaru, Hael telah memuat naik wajah gambar bayi tersebut. Serius comel!

Apa yang mencuri perhatian adalah sepasang mata bayi itu yang begitu menawan dan memukau. Kami sangkakan ia adalah gambar selepas diedit menggunakan aplikasi. Namun ternyata sangkaan kami silap.

Rata-rata netizen terpukau dengan keunikkan sepasang mata bayi kesayangan Hael ini. Sebelum ini Hael sendiri memberitahu kehidupannya berubah 360 darjah selepas bergelar bapa bayi yang diberi nama Nur Helena itu.

sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*