SPAD Tegur Aeril Zafrel Di Twitter Selepas Muatnaik Gambar ‘Bawa Uber’ Guna Kereta Persendirian

Kerana tindakan Aeril Zafrel yang memuat naik satu foto di laman Twitter nya dengan status ”Need Uber? Call Me” (perlukan uber, sila hubungi saya) menyebabkan dia telah ditegur oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pihak SPAD telah membalas status Aeril dengan menulis “Tindakan boleh diambil jika kereta persendirian digunakan sebagai pengangkutan awam tanpa permit.

Jawapan balas SPAD itu diterima oleh Aeril selepas ada seorang pengguna Twitter telah retweet kembali status tersebut dengan memetik akaun @aduanSPAD.

Aeril menjelaskan bahawa foto yang dimuat naik ke akaun Twitter nya itu hanya untuk gurauan semata-mata ketika di dalam kereta selepas pulang bercuti.

View image on TwitterView image on Twitter

Namun demikian, beliau tidak menyangka ada pengikutnya di laman Twitter yang mengambil serius terhadap foto tersebut.

“Gambar selfie di dalam kereta itu diambil semasa saya dan keluarga bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Niat saya sahaja nak bergurau dengan peminat, tak sangka pula ada yang ambil serius sehingga memetik akaun SPAD di foto tersebut.

“Mungkin peminat pun nak bergurau, maklumlah di alam maya ni macam-macam ragam ada,” katanya kepada mStar Online.

Status yang dimuat naiknya itu mendapat hampir 400 retweet dan rata-rata peminat meninggalkan komen yang berbentuk gurauan kepada pelakon itu.

“Ini kalau buat uber, perempuan nak pusing 1 Malaysia agaknya,” kata pemilik akaun bernama @SyafiqElfDrew.

Manakala, “nombor mana abang, nak telefon!,” tulis akaun @naxny.

sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*