INI Baru ‘Rare’.. Kucing Dijadikan Hantaran Perkahwinan…. So sweet…

AMBOI… rakyat Malaysia kini terlebih kreatif dalam merealisasikan majlis perkahwinan yang lain daripada lain.

Sebagai contoh, pasangan ini yang menjadikan seekor anak kucing comel sebagai salah satu hantaran perkahwinan mereka.

Gambar hantaran yang dikongsikan seorang pengguna laman sosial bernama Muhamad Zaki ini, berjaya mencuri perhatian netizen khususnya pengemar kucing.

10933930_820246161375737_8100825683451823431_n

Selalunya pengantin memilih beg tangan, baju dan barangan kelengkapan lain sebagai hantaran kahwin namun berbeza pulak idea pasangan ini.

Agak-agaknya mesti pasangan ini amat meminati haiwan kesayangan nabi ini.

Hantaran anak kucing tersebut diletakkan dalam sangkar kucing yang terhias indah dengan reben, bunga dan sebagainya.

Sebenarnya, kami yang melihat ini pun rasa geram melihat kecomelan dan kegebuan anak kucing berwarna putih tersebut.

Semoga pasangan ini berbahagia selamanya. – MYNEWSHUB.CC

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*