NASIB BAIK SI COMEL NIE… Anak Kucing Hampir Mati Selepas Badan Diselaputi Cat Kuning… Macam Mana Boleh JAdi Macam Tue…

CHINA – Penderitaan yang dialami oleh dua ekor anak kucing ini memang menyakitkan. Apa tidaknya, kedua-duanya telah diperlakukan dengan kejam oleh `orang gila’ yang mengecat badan mereka dengan cat berwana kuning.

Bukan itu sahaja, kedua-dua ekor kucing itu kemudiannya dimasukkan ke dalam kotak dan ditinggalkan di tepi jalan.

Nasin baik seorang lelaki, Yue You Meng menemuinya dan kemudian membantu merawatnya.

“Saya sangat terkejut apabila membuka kotak berkenaan dan mendapati dua ekor anak kucing diselaputi dengan cat warna kuning.

http://mynewshub.cc/

“Cat itu hampir kering. Kedua-dua kaki kucing berkenaan melekat manakala mata mereka turut diselaputi cat tersebut. Ketika itu ia berada dalam kesakitan dan hampir mati,’’ katanya yang kemudiannya cuba membasuh kucing tersebut.

Selepas usaha Yue untuk membuang cat itu tidak berjaya, dia terpaksa membawa kedua-dua anak kucing berkenaan menemui doktor haiwan, dan akhirnya dengan menggunakan gunting, bulu kucing terbabit dibuang.

Anak kucing terbabit kini semakin sembuh dan sudah mampu bergerak ke sana ke sini.

Cat itu juga tidak memberikan kesan buruk kepada mata serta telinga anak kucing itu.- MYNEWSHUB.CC

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*