Kejam.. Kucing Mati Diberi Makan Perut Ayam Beracun… Siapakah Punya Angkara Nie

PERBUATAN membunuh kucing dengan cara meracun bukanlah sesuatu yang baru, sebaliknya kerap kali terjadi terutama di kawasan perumahan.

Alasan yang sering digunakan ialah, kucing gemar membuang air merata-rata di kawasan rumah sekaligus menyusahkan jiran tetangga untuk membersihkannya.

Namun, apapun sebabnya, ia tidak memberikan hak kepada kita untuk membunuh haiwan kesayangan Rasulullah SAW itu.

Seorang pemilik kucing, Naniey Azhani berkongsi rasa sedihnya di Facebook apabila empat kucing mati, manakala tiga lagi masih hilang selepas diracun oleh jiran.

Menurutnya, kucing-kucing tersebut telah diberi makan perut ayam yang disaluti racun.

Apa yang lebih menyedihkan, ada di antara kucing tersebut mempunyai anak-anak kecil yang masih menyusu dan ada juga yang sedang mengandung.

Kalau pun kucing-kucing ini mengotorkan kawasan perumahan, bukankah lebih baik menyuarakan rasa tidak puas hati itu kepada pemiliknya.

Tak perlulah sampai dibunuh kerana akalnya tidak setanding manusia yang sepatutnya boleh berfikir secara waras. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: ELZA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*