Gambar Kucing JDT Menjadi Isu Panas Di Facebook. Kesian Kucing Nie… Apalah Salahnya..

APALAH jenis manusia yang sanggup melakukan kekejaman terhadap binatang comel berkaki empat ini.

Kami yakin anda masih ingat lagi dengan kes seekor kucing yang mati selepas diwarnakan merah jambu.

Terbaharu, satu gambar yang dikongsikan di halaman Facebook menunjukkan kepala seekor kucing diwarnakan seakan bendera Johor Darul Takzim (JDT) telah menjadi viral.

 

cat1 wm

cat3 wm

Nampak saja unik tetapi sebenarnya encik Meow ini mungkin akan terdedah dengan bahan kimia dari cat yang silap hari bulan, mungkin menyebabkan kematian.

Di halaman Facebook, pelbagai komen telah diberikan pengguna sehingga ada yang menyatakan ia adalah kerja penyokong pasukan JDT yang terlalu taksub.

Tapi ada juga yang mengatakan, ia adalah satu lagi fitnah untuk menjatuhkan JDT kerana maklumat berkaitan gambar kucing ini belum diketahui sepenuhnya.

Kesian kan? Kami harap kucing ini tidak senasib dengan kes kucing yang diwarnakan pink.

Siapalah yang saja ‘suka-suka’ melakukan kekejaman terhadap haiwan kesayangan nabi ini..

– MYNEWSHUB.CC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*