BIAR BETUL….! Kucing Ini Selamat Walau Semalaman Tersangkut Dalam Salur Paip… MEmang Tak Disangka…

KLANG 24 June 2015. Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang mengeluarkan kucing yang terperangkap dalam saluran paip dalam kejadian di Jalan Kapar, Bandar Klang. Ihsan Bomba

BETULLAH kot mitos yang mengatakan kucing ada sembilan nyawa.

Macam yang jadi semalam, hayat seekor kucing peliharaan sebuah keluarga di Klang masih panjang apabila diselamatkan pihak bomba selepas terperangkap hampir 24 jam dalam saluran paip di kediaman pemiliknya.

Memetik laporan Harian Metro, kucing betina baka siam itu dikatakan masuk ke saluran paip di kawasan garaj kereta sejak kelmarin namun gagal keluar.

Menyedari binatang kesayangan mereka tersekat, keluarga tersebut lantas menghubungi pihak bomba bagi mengeluarkannya.

Pihak bomba terpaksa memecahkan simen di bahagian garaj menggunakan alat yang dibawa sebelum mengeluarkan kucing itu dan operasi tamat selepas kira-kira 20 minit.

– MYNEWSHUB.CC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*