BACA Kisah Sedih Kucing Bernama Milo Dan Tuannya… Sedih Sangat…

KUCING adalah haiwan peliharaan yang amat disayangi sesetengah orang.

Begitu pun cuma mereka yang mempunyai atau pernah memelihara kucing sahaja faham ikatan istimewa antara tuan dengan haiwan manja ini.

Tak hairanlah kematian kucing boleh membuatkan tuannya mengalami kesedihan yang bukan kepalang.

Sebagai contoh, pengguna Instagram yang menggunakan akaun ekhwang_ ini. Berikut adalah luahan hatinya yang amat sedih selepas kehilangan kucing yang diberi nama Milo buat selama-lamanya pada 29 Jun lalu..

kucing sedih 2 (1)

Kesedihan ekhwang_ berasas kerana kisahnya dan Milo amat unik, di mana dia bertemu haiwan tersebut ketika ia hampir kehilangan nyawa selepas dilanggar kereta.

Dia kemudiannya bersusah payah mencari dana termasuk dengan cara menghebahkan kisah Milo yang memerlukan bantuan di media sosial.

Malangnya selepas dana mencukupi dan selamat dibedah, kesihatan Milo cuma baik selama sebulan sahaja. Rupa-rupanya urat saraf Milo sudah rosak dan dia tak mampu diselamatkan lagi.

Walaupun doktor tawar untuk “menidurkan” Milo selama-lamanya, kasih sayang ekhwang_ terhadap Milo membuatkan dia memutuskan untuk menjaga Milo hinggalah ke akhirnya hayatnya.

kucing sedih 1 (1)

Memang menyentuh hati kisah ekhwan_ dan Milo.. tapi ini cuma satu daripada begitu banyak kisah kasih sayang antara manusia dengan haiwan.

Malah tak hairan jika ada antara haiwan kesayangan yang pernah muncul dalam hidup kita namun usianya tak panjang, kadang-kadang lebih lekat dalam ingatan berbanding manusia sendiri. Ini kerana kasih sayang haiwan ini dapat dirasakan lebih ikhlas dan tulus…

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*