AMBOI SI COMEL TUE….! Kucing Perasan, Ingat Tuan Beli Katil Baru Untuknya… Tapi Sebenarnya…

MEMANG tak boleh dinafikan kecomelan haiwan peliharaan bernama kucing ini ternyata mengatasi segalanya.

Baru-baru ini kajian juga telah membuktikan bahawa menonton video mengenai kucing dapat meningkatkan tenaga serta serta ransang perasaan positif.

[TONTON VIDEO KUCING BOLEH RANSANG TENAGA DAN PERASAAN POSITIF]

Patutlah ramai yang jadikan kucing sebagai peneman dikala sunyi atau keseorangan di rumah, boleh hilang tekanan yang dihadapi rupanya.

Bercerita mengenai kucing, lihat sahajalah perangai kucing yang viral ini, gambar dan kisah disebaliknya telah mendapat perhatian ramai orang.

Sepasang suami isteri ini bakal menimang cahaya mata pertama mereka dan telah membuat persiapan termasuk menyediakan katil untuk bayi yang akan dilahirkan tidak lama lagi.

Namun, kucing mereka yang diberi nama Finn ini dikatakan telah perasan dan menyangkakan katil itu adalah untuknya.

Pasangan yang berkongsikan cerita kucing yang memiliki berat hampir 20kg itu secara online telah mendapat perhatian ribuan orang.

Lihat sahaja aksi mengadanya, jelas Finn kelihatan sangat selesa dengan katil ‘baru’ yang disediakan tuannya itu.

 

1106__880

funny-cat-sleeps-baby-crib-finny-zoe-3

– MYNEWSHUB.CC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*