ALLAHUAKBAR….! JAUH PERJALANAN SI COMEL NIE… Kucing Masih Hidup Lepas 36 Hari Kena Pos!

Pernah dengar mitos kononnya kucing punyai sembilan nyawa?

Kalaulah ia benar, maka kemungkinan besar seekor kucing di Suffolk, England mungkin sudah menggunakan satu daripadanya.

Bayangkan.. kucing ini ditemui masih hidup selepas tersilap masuk ke dalam salah satu kotak yang dipos dari Suffolk, Virginia dan mengambil masa selama sebulan sebelum tiba di Hawaii.

Sepanjang tempoh sebulan berkenaan, kucing yang diberi nama Mee Moowe oleh tuannya ini tidak makan mahu pun minum.

Menceritakan semula peristiwa ajaib ini kepada portal berita Wavy.com, tuan Mee Moowe, Ashley Barth menyatakan kucingnya itu didapati hilang September lalu ketika pihak yang diupah sibuk mengemas barangan milik keluarganya yang akan berpindah ke Hawaii.

Rupa-rupanya ketika itu Mee Moowe telah termasuk ke dalam salah satu kotak sebelum tiba di kediaman baru keluarga tersebut, 36 hari kemudian.

Barth berkata, dia membuka salah satu kotak yang dihantar ke rumahnya selepas sayup-sayup terdengar bunyi ‘meow’. Selepas kotak terbuka, kelihatan kucing kesayangannya yang kurus kering hingga tak mampu berjalan berada di dalamnya.

Mee Moowe segera dibawa kepada doktor haiwan yang mengesahkan kucing itu mengalami simpton kebuluran.

Menurut Barth, doktor haiwan memaklumkan bahawa amat suka untuk menerima hakikat kucing tersebut telah hidup tanpa makanan dan minuman selama 36 hari meskipun ia tidak mustahil. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: REM RAMZI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*