Ayah Sakit Masuk Hospital. Tiba2 Along Lakukan “Sesuatu” Yg Buat Kami TERGAMAM !!!

Aku anak keempat dari lima. Along, angah, ateh, acik dan adik. Satu hari, ayah masuk hospital, kami semua jadi risau. Along minta tukar kerja dekat rumah mak ayah dah lulus. Tetapi, Along telah lakukan “sesuatu” yang buat kami semua tergamam..

Ayah Sakit Masuk Hospital. Tiba2 Along Lakukan “Sesuatu” Yg Buat Kami TERGAMAM !!! | Okay, jom start cerita. 3 tahun yang lalu, seminggu sebelum aku nak hadap SPM, ayah aku sakit. Dikejarkan ke hospital. So Along dan Ateh sebagai anak lelaki, diorang yang bertanggungjawab jaga ayah sepanjang ayah warded dekat hospital secara bergilir gilir.

Aku cuma dibenarkan balik 2 hari untuk jenguk ayah sebab SPM dah dekat gila time tu. Aku gembira bila dapat tahu Along mintak tukar tempat kerja, balik kampung untuk jaga mak ayah. Alasan along sebab ayah sakit dan dia anak sulung jadi permohonan dia diterima.

Aku ingatkan, bila along ada dekat kampung, boleh tolong tengokkan mak ayah, sebab dua dua dah tak larat. Tapi, semakin lama, along semakin menghampakan kami adik-beradik. Rumah along dengan rumah ayah, tak jauh mana pun. Kalau naik motor, tak sampai 5 minit pun. Tapi along jarang pergi rumah jenguk mak ayah (berdasarkan apa yang mak cerita).

Bila balik rumah ayah, bukannya nak tolong mak ayah buat kerja. Dia boleh pulak duduk dalam bilik berkurung, pasang air cond, tidur. Menaikkan bil eletrik je. Baik takyah balik kalau macamtu. Bila mak ayah mintak tolong, seribu alasan yang dia bagi. Penatlah, Puasalah, Suruh orang lain lah. Ayah tak larat kot nak mesin rumput kat keliling rumah, boleh pulak dia bagi alasan macamtu.

Lagi satu, Along ni kerja pangkat besar, tapi kedekut sangat nak menghulur duit kat mak ayah. Kalau dalam sebulan tu, 2 atau 3 kali je baru nampak batang hidung dia kat rumah ayah. Anak-anak dia, kerja menyepah rumah. Bini dia asyik berkurung dalam bilik, jaga anak kononnya. Padahal anak tu dah besar kot. Mak jugak yang memasak bagi kenyang perut laki bini diorang.

Ateh kerja jauh. Gaji kecik. Tapi sanggup balik sebulan sekali, untuk mesin rumput, kemas keliling rumah. Tebas semak. Bersihkan kebun mak. Bila mak suruh je, terus dia buat. Tak pernah lokek tenaga. Isteri Ateh pun macam tu.Rajin gila. Ateh mesin rumput, dia sapukan rumput, tolong bakarkan. Ateh baik sangat, kalau adik beradik mintak tolong, mesti dia akan bantu. Aku belajar jauh daripada kampung. Perjalanan ke tempat belajar aku ambik masa 6 jam.

Ada satu hari tu, mak ayah planning nak datang tempat belajar aku tanpa pengetahuan aku. So, diorang ajak along. Along setuju, then Along bawakkan diorang datang tempat aku. Aku happy gila masa tu. Malam tu, kami tidur dekat hotel. Tiba-tiba along datang dekat aku, dia cakap, ” aku taknak pun datang sini, mak ayah tu yang beria ajak” dalam nada yang sinis dan nampak sangat tak ikhlas. Sejak tu aku tak pernah harapkan along untuk hantar aku balik bila aku kena balik kampus dengan kenderaan.

Baru ni, aku kena balik kampus naik kereta, so aku mintak tolong Ateh. Ateh terus cakap okay tanpa banyak alasan. Banyak pengorbanan Ateh pada aku. Dulu masa yang ayah sakit masa aku nak SPM, ateh yang datang jemput aku dekat asrama. 3 jam weh perjalanan dari kampung nak ke tempat aku.

Bila aku sakit kat asrama dulu, ateh orang pertama yang akan sampai, bawak aku pergi klinik. Bila Ateh tolong hantar aku balik asrama, mak akan kirim pada aku duit minyak untuk Ateh, tapi dia tak pernah nak ambik duit tu. Dia bagi pada aku, dia cakap aku student. Banyak nak pakai duit. Kalau aku cuti sekolah, Ateh yang datang jemput aku. Ateh sentiasa ada untuk aku. Ateh banyak bagi nasihat pada aku. Kalau aku ada masalah, aku tak akan cari Along sebab aku tahu dia takkan boleh membantu aku. Aku lebih banyak share masalah dengan Ateh.

Mak selalu cakap pada aku, dia senang hati sangat dengan Ateh, tapi dia banyak terasa hati dengan Along. You know what, gaji Ateh tak besar pun, tapi selalu cukup untuk dia survive anak beranak dia. Aku tengok yang si Along tu, even gaji besar, tapi tak cukup nak tampung family dia sampai kena buat 2 kerja part time.

Masa raya baru ni, kami adik beradik kumpul kat rumah along. Along panggil kami adik beradik. Along suruh kami suarakan isi hati kami. Bila tiba part aku dengan Ateh, kami sebenarnya nak je cakap pasal benda tu semua, tapi tak sampai hati sebab Angah dengan Adik tak tahu menahu pun pasal perangai Along tu. Lagi satu Along ni jenis cepat sentap.

Pantang kena tegur, cepat melenting. Dia punya baran, MasyaALLAH tabarakallah. Aku tak sanggup nak hadap. Jadi kami berdua ambik langkah untuk berdiam. Pernah jugak la aku mintak Ateh tegur Along memandangkan diorang berdua tak jauh jarak umur, maybe Along boleh terima. Tapi Ateh tak berani. Ateh taknak kami adik beradik bermasam muka nanti sebab Ateh kenal sangat perangai Along tu.

Yang aku panas hatinya dengan si Along ni, bila balik kampung, rajin pulak dia ni mengemas kebun nenek. Sampai hati aku ni bersangka buruk yang Along ni nak orang puji dia. Sebab nenek aku ni, jenis suka puji cucu yang rajin buat kerja dekat rumah dia. Habis satu kampung dia canang. Entah laaa, pening kepala aku fikir. Mak ayah banyak makan hati. Aku rasa macam takde function pun dia tukar balik kampung. Baru ni ayah jatuh, tapi Ateh jugak yang bawak ayah pergi hospital. Along mana ?

Aku bukan sepanjang masa ada kat rumah, tapi setiap kali aku balik, mesti mak ayah akan cerita pasal diorang makan hati dengan along. Ye la, aku sorang je anak perempuan yang rapat dengan mak ayah. Angah dah kahwin, kerja jauh jugak. Overseas. Mak ayah taknak susahkan hati Angah memikirkan hal si Along tu. Kadang tu, benda berlaku depan mata aku sendiri..

Sumber : IIUM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*